Sunday, February 13, 2011

Marilah bersama-sama kita meraikan sambutan Maulidur Rasul..



Dalam surah al a'Raf:157 menyatakan bahawa orang yang memuliakan Rasulullah SAW adalah orang yang beruntung. Oleh itu meraikan Maulud Nabi adalah termasuk dalam rangka memuliakannnya..


Kita juga meraikan sambutan Maulidurrasul untuk membuktikan perasaan cinta dan menyemai kasih sayang kepadanya.. Selain itu, ini juga dapat menghargai dan mengambil ikhtibar serta menghayati kisah suka duka perjuangan baginda..


Oleh itu.. 15hb Februari 2011 ini, bersamaan 12 Rabiul Awal 1432H marilah bersama-sama kita mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam.


Memang benar Rasulullah SAW tidak mengadakan amalan berarak, berzanji ataupun nasyid seperti yang diadakan sekarang, tetapi daripada pelbagai sumber yang boleh dijadikan sandaran, umat Islam digalakkan menyambut ini dalam Islam, kerana hari ini mengandungi falsafah dan makna yang besar dalam kehidupan seseorang Islam. ianya juga merupakan lambang kemegahan dan kebesaran Islam..



Nasyid - Dia Kekasih Allah (Hijjaz)